Sabtu, 4 Ogos 2012

Sekolah Lestari - Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Mukah

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kita terpilih untuk mewakili Program Rakan Alam Sekitar Parlimen Mukah untuk Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar Malaysia. Sekolah kita dipilih sendiri oleh YB Dato' Dr. Leo Toyad, Ahli Parlimen Mukah.

Tahniah diucapkan. Semoga kita terus bekerja keras bagi merealisasikan Sekolah Lestari.

PENGENALAN

DEFINISI SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
SEKOLAH LESTARI membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan mlai murnt alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

"Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentans alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar"

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato Sri Hj Adenan Hj Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005. Bersempena dengan majlis tersebut, dua buah dokumen bertajuk "Asas Pembentukan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar" dan "Garis Ppanduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar" telah dilancarkan bertujuan untuk membantu pelaksanaan dan penilaian program ini di sekolah.

Dokumen ini bertujuan membantu sekolah memperkukuh proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar sedia ada. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

SEKOLAH LESTARI bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti SEKOLAH LESTARI memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.

KONSEP SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR

SEKOLAH LESTARI berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Konsep ini juga memtikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah. SEKOLAH LESTARI adalah payung kepada aktiviti-aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. SEKOLAH LESTARI merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhl warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

HASRAT SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR

SEKOLAH LESTARI adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.

Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar SEKOLAH LESTARI, tumpuan perlu diberi kepada empat komponen berikut:

  • Pengurusan
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Penghijauan
OBJEKTIF SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR

SEKOLAH LESTARI dibentuk bagi mencapai objektif berikut:

  • memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah;
  • meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar;
  • menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan;
  • meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
    mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan